.

free html visitor counters




Friday, September 27, 2019

3rd Followup Akupuntur

Untuk 3rd followup pulak aku g hari sabtu, memandangkan jumaat takleh amik time off kann.

Tadi aku kena 16 jarum. 4 di kepala, 3 tangan kiri 3 kanan. 3 kaki kiri 3 kaki kanan.

Kali ni buat macam sakit sikit kat tangan. Maybe sebab asyik cucuk situ je kan 😂😂
Tak kesahlah, yang penting tadi dua2 kaki rasa panas je macam darah mengalir lancar.

Harap2 okla lepas ni. Kann

2nd Followup Akupuntur

Untuk 2nd followup ni aku pergi hari rabu pulak. Waktu yang sama macam haritu minta time off la kan. Pasal rabu kan kerja.

Untuk kali ni sama je macam 1st followup guna 20jarum. Tapi kat perut tak kena dah. Dia tambah kat tangan 4 kiri 4 kanan, yang lain2 sama.

Doktor tunjuk good n cakap cina kat aku sambil senyum. pastu pembantu die explain in malay doktor cakap bagus datang followup lagi. Ahaha memang aku datanglah doktor aku nak cepat baik. Tak larat dah menanggung 😅😅

Time buat tu aku dapat rasa kat kaki aku panas je padahal bilik tu aircond. Kiranya macam darah aku kat salur darah kaki tu tengah lancar. I can feel wehh 😂

1st Followup Akupuntur

Ok, nak cerita pasal follow up pertama akupuntur.

Pagi-pagi lagi dah sampai sebab minta time off office. Tak lama pun buat dalam 20minit. Smpi office pun tak sampai sejam time off 😁

Aku kena 20 jarum. 4 di kepala, 3 di tangan kiri 3 tangan kanan, perut 2, kaki kanan 4 kaki kiri 4.

Kali kedua buat macam sakit sikit kat kaki tu. Yang lain2 macam biaselah.

Saturday, September 21, 2019

Acupuncture di Hospital Tung Shin Chinese Medical Department

Assalamualaikum
Hari ni pagi-pagi lagi dah sesiap nak pergi buat Akupuntur kt Hospital Tung Shin kt pudu. Jangan salah masuk hospital sebab dia ada western dengan tradisional. Pergi kt tradisional chinese medical tu.



Aku pergi pun sebab tahap penyakit migrain aku ni makin lama makin mencabar ketahanan kesihatan aku.
So sampai ke hospital tu terus pergi register. Then aku pilih specialist, aku kena Rm38 untuk rawatan akupuntur Rm35  then Rm3 untuk pendaftaran.

Ade lagi murah tau, local pediatration Rm15 satu lagi ape ntah Rm25. Aku ni dah alang2 datang jumpa pakar jela. doktor pulak memang pure dari cina, tak pandai speak malay. tapi jangan risau ada pembantu dia yang translate kat doktor tu nanti.


Dah register and buat bayaran tadi terus dapat resit dan no bilik, sampai je depan bilik tu tunggu je nama dipanggil, tak lama pun tunggu terus jumpa doktor. Pastu cite la kat doktor apa sakit korang sebab nanti doktor tu tahulah nak cucuk kt mana nanti.

Macam aku, aku cerita kat doktor aku ada migraine dan vertigo. Dah pernah buat mri semua bagai. Doktor minta gak report mri tapi aku lupa bawak, macam tak terfikir pula nak bawa actually .so doktor tu guna 13 jarum. 3 kat area dahi, 2 tangan kiri dan kanan, pastu 3 kat bahagian kaki kiri dan kanan.

Masa die mula-mula cucuk tu rase la sakit sikit. Sikit je heee
Dalam 20minit gak rawatan ni. Dalam nak tunggu 20minit tu kaki kiri dah mula rasa kebas.

Cukup 20minit nurse tanggalkan jarum. Lepastu dia inform minggu depan datang lagi untuk followup minima 3 kali.

Aku dah garu kepala bila masa pulak nak pergi hari kerja tu wey . Terpaksa la minta boss masuk lambat sikit.

Lepas rawatan petang dan malam tu aku dapat rasa sengal sengal di bahagian kaki, pergelangan ibu jari, bahu dan lengan.semua belah kiri. Dia punya sakit tu berubah2 kadang situ kadang sini.. aku rasa maybe die tengah "repair" aliran darah dalam salur darah kot.

So itujela kisah nya. Episod akan bersambung lepas followup pertama nanti okay 
Xoxo ✌️

Tuesday, July 23, 2019

Travel

Rasa nak travel je. Jauh dari kehidupan harian sekarang ni. (Padahl baru je awal bulan travel pi thailand) 😅
.

Dalam fikiran ni macam2 tempat pikir. Tapi terbantut sebab kosnya 

Thursday, July 18, 2019

I want new for everything

Sekarang ni aku rasa hidup aku macam tu je tak berubah2,

Apa yang aku perlukan sekarang adalah sesuatu yang baru, tempat kerja baru, persekitaran baru, stay tempat baru. Ehh Everythinglahhhh.

Tapi aku tak tak tahu nak start dari mana. Nak cari kerja kat tempat lain bukan senang skrg ni.aku sampai give up haritu, senyap je takde panggil interview pom.

Nak pindah tempat tinggal baru pulak malas lagi nak packing2. Adududu

So dah tahukan sebab apa hidup aku macam tu je tak berubah2. Sebab MALAS 😁

Wednesday, July 17, 2019

2019

Last update 29/8/2015
.
Sekarang dah 17/7/2019 perghhh lama gilaaa tak update. 4 tahun weh menghilang, bersawang tak nampak apa dah blog ni. Hahaha
.
Dari cerita 5 tahun lepas kekonon tak sabar nak blah dari tempat kerja tu. Blah punya nak blah sekali dah 5 tahun dah bertahan weh 😂😂
.
Kena sumpah apa aku tak tahu la tu. Rezeki masih kat situ lagi kot. Aku harap ada rezeki kat tempat lain pulak nanti. Sebab aku dah bosannnnnnnnn dengan rutin kerja harian aku ni. I need a new environment pleaseee. Hmmmm

Ok i'm back la kira ni. Free2 nanti aku datang lagi eh 😁😁