.

free html visitor counters




Saturday, September 21, 2019

Acupuncture di Hospital Tung Shin Chinese Medical Department

Assalamualaikum
Hari ni pagi-pagi lagi dah sesiap nak pergi buat Akupuntur kt Hospital Tung Shin kt pudu. Jangan salah masuk hospital sebab dia ada western dengan tradisional. Pergi kt tradisional chinese medical tu.



Aku pergi pun sebab tahap penyakit migrain aku ni makin lama makin mencabar ketahanan kesihatan aku.
So sampai ke hospital tu terus pergi register. Then aku pilih specialist, aku kena Rm38 untuk rawatan akupuntur Rm35  then Rm3 untuk pendaftaran.

Ade lagi murah tau, local pediatration Rm15 satu lagi ape ntah Rm25. Aku ni dah alang2 datang jumpa pakar jela. doktor pulak memang pure dari cina, tak pandai speak malay. tapi jangan risau ada pembantu dia yang translate kat doktor tu nanti.


Dah register and buat bayaran tadi terus dapat resit dan no bilik, sampai je depan bilik tu tunggu je nama dipanggil, tak lama pun tunggu terus jumpa doktor. Pastu cite la kat doktor apa sakit korang sebab nanti doktor tu tahulah nak cucuk kt mana nanti.

Macam aku, aku cerita kat doktor aku ada migraine dan vertigo. Dah pernah buat mri semua bagai. Doktor minta gak report mri tapi aku lupa bawak, macam tak terfikir pula nak bawa actually .so doktor tu guna 13 jarum. 3 kat area dahi, 2 tangan kiri dan kanan, pastu 3 kat bahagian kaki kiri dan kanan.

Masa die mula-mula cucuk tu rase la sakit sikit. Sikit je heee
Dalam 20minit gak rawatan ni. Dalam nak tunggu 20minit tu kaki kiri dah mula rasa kebas.

Cukup 20minit nurse tanggalkan jarum. Lepastu dia inform minggu depan datang lagi untuk followup minima 3 kali.

Aku dah garu kepala bila masa pulak nak pergi hari kerja tu wey . Terpaksa la minta boss masuk lambat sikit.

Lepas rawatan petang dan malam tu aku dapat rasa sengal sengal di bahagian kaki, pergelangan ibu jari, bahu dan lengan.semua belah kiri. Dia punya sakit tu berubah2 kadang situ kadang sini.. aku rasa maybe die tengah "repair" aliran darah dalam salur darah kot.

So itujela kisah nya. Episod akan bersambung lepas followup pertama nanti okay 
Xoxo ✌️

Tuesday, July 23, 2019

Travel

Rasa nak travel je. Jauh dari kehidupan harian sekarang ni. (Padahl baru je awal bulan travel pi thailand) 😅
.

Dalam fikiran ni macam2 tempat pikir. Tapi terbantut sebab kosnya 

Thursday, July 18, 2019

I want new for everything

Sekarang ni aku rasa hidup aku macam tu je tak berubah2,

Apa yang aku perlukan sekarang adalah sesuatu yang baru, tempat kerja baru, persekitaran baru, stay tempat baru. Ehh Everythinglahhhh.

Tapi aku tak tak tahu nak start dari mana. Nak cari kerja kat tempat lain bukan senang skrg ni.aku sampai give up haritu, senyap je takde panggil interview pom.

Nak pindah tempat tinggal baru pulak malas lagi nak packing2. Adududu

So dah tahukan sebab apa hidup aku macam tu je tak berubah2. Sebab MALAS 😁

Wednesday, July 17, 2019

2019

Last update 29/8/2015
.
Sekarang dah 17/7/2019 perghhh lama gilaaa tak update. 4 tahun weh menghilang, bersawang tak nampak apa dah blog ni. Hahaha
.
Dari cerita 5 tahun lepas kekonon tak sabar nak blah dari tempat kerja tu. Blah punya nak blah sekali dah 5 tahun dah bertahan weh 😂😂
.
Kena sumpah apa aku tak tahu la tu. Rezeki masih kat situ lagi kot. Aku harap ada rezeki kat tempat lain pulak nanti. Sebab aku dah bosannnnnnnnn dengan rutin kerja harian aku ni. I need a new environment pleaseee. Hmmmm

Ok i'm back la kira ni. Free2 nanti aku datang lagi eh 😁😁

Saturday, August 29, 2015

Selama setahun sebulan without any post, 

i'm back 2015.

1st posting this year. waaahhh gila lama tak memblog woiii

ok now masih kerja di tempat lama.. dah habis tempoh percubaan 6 bulan, memang dah permenant sudah. 

alhamdulillah rezeki masih disini kot, 

Now Snackylicious sudah tiada tapi diganti dengan cmd.for.life. 

Apa itu CMD? pati mineral, details dia google dulu nanti bile2 free aku cerita.heeee




Alhamdulillah rezeki CMD memang membantu pendapatan bulanan aku, dah boleh buat macam2 dah dengan income cmd.

aku join cmd masa bulan mac 2015 untill now. hope can stay long with biz cmd. love help people yang ada masalah kesihatan, sebab sangat2 membantu terutamanya untuk buang toksin dalam badan.

mula2 masuk pakej silver RM178, & now dah upgrade pakej Diamond. mudah2n allah permudahkan segalanya. hanya kau yang tahu apa yang aku perlukan dalam hidupku.

now sapa yang nak order cmd boleh whatsapp aku di +6011-19999214
nak tahu lagi details? boleh follow ig aku : cmd.for.life

stay strong stay calmn

peace,

see u next post.

:)

xoxo

Friday, July 4, 2014

.Worl Cup 2014 .

Kiraan 4 tahun dah selesai maka bermula lah World Cup 2014 di Brazil, Kalau dulu Spain yang Juara, Musim ni Spain Kalah teruk Balik Home paling awal sadiiiissssss oieeee, takpe aku harap kat Germany ni. So peringkat Kumpulan dah habis, sekarang ni dah start Lawan Kalah mati. then setakat ni Germany Ok lg, tapi harini tak tahulah ape citer pasl xde live kat TV France VS Germany hwaaaaaa aku terpacak depan Tv kot sekali takde plak choiiii..brazil vs Columbia jp lg ade plakk..gerammnyeee oieeee!!

. I'm back .

Konon nak back nak start business sekali dapat offer kerja kontrak selama 3 bulan start 3/3/14-2/6/14 kat mana tu biarlah rahsia haha, punyela aku tak sabar nak habiskan kontrak 3 bulan ni pasal nak continue aktif business online balik, alih2 dapat offer interview untuk permenant, then go je la kan, tak de bagi harapan langsung pon dapat tetap ke tak, so rilek kire hari nak blah dari situ.

Al kisah, dapat pulak permanent hmmmm termenung seketika apa aku nak buat ni? pasal bagi aku kerja kat bahagian aku ni kalau org boleh bertahan lama memang aku respek pasal ape? kau duduk depan kaunter nak jawab call bagai, kerja lagi org call lagi haihhh ade aku yg mengamok kat situ,hwarggghhhh hulkkkk!!

Sekarang ni dah sebulan permenant, actually ade tempoh 6 bulan lagi sebelum betul2 diserap tetap..macam2 aku balajar kat sini, cara menjawab dengan org, cara nak yakinkan org,macam2 lagi lah. ini rupanya hikmah dia. Thank You Allah bagi rezeki & rezeki pelajaran dengan cara mendidik diri yg kurang disiplin macam ni. :)

So lepas ni tak tahulah tahan berapa lama lagi kat sini, hanya mampu berdoa semoga diberikan kemudahan rezeki dan kesenangan hidup untuk terus berbakti menjadi hamba Allah yang taat dan Anak yang soleh :)

. Assalamualaikum 2014 .

Mak aihhhh dah berbulan2 tak update bloggg..OMG!! 

Now dah ada kerja!
Now business dah semakin berkembang! 
Now Produk Snackylicious dah semakin berkembang!
Now macam-macam dah ada!

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Now Snackylicious dah ada kat 3 tempat as Boutique Vendor,

1st is MisslilyShop located at Wangsa Melawati since hujung bulan Feb'14
2nd is Randa located at Ampang start from Jun'14
3rd is Mp_Dexato located at Melaka start Jul'14
4th then sepanjang bulan puasa kite letak kerepek bawang kat maju junction,share holder tapak ramai-ramai.

**senang stated kat sini, takut lupa tarikh2 penting**

So adat berbisness ada pasang surut,nak say Thank You banyak2 kat MisslilyShop sebab bagi peluang jadi Vendor kat butik dorang, memang sangat2 membantu kat kami yang baru nak menapak ni, Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan dan thanks sgt kat mie & abah yang sentiasa support anak dia ni gn selalu bagi modal hehe :)

Thursday, October 10, 2013

. Asal usul Snackylicious .

Sekarang ni nak bercerita pasal asal usul Snackylicious aku,macam ni aku start buat hujung bulan aug'13, mase tu buat kecik2 je mcm yg aku citer kt entry sebelum ni *pandai2 la bace*, then bile aku naik KL aku akan amik order dekat kawan2, ex-officemate aku kat KL.. time tu dah start jual dalam balang..pantang naik KL cepat je update kt dorg..orang kata selagi ada peluang jangan lepaskan betul tak? haha

daripada beli kulit popia 4 paket sehari, sekarang dah simpan stok 20 paket sekali beli..alhamdulillah syukur rezeki Allah bagi, sememangnya projek popia ni aku tak sangka langsung,padahal masa tak berhenti kerja lagi dah fikir nak buat side income ape laa kan..mase tu otak lemau betul, sampai la berhenti kerja pon otak masih lemau takde tindakan langsung, memang rugi sangat masa tu sebab time tu raya aidilfitri kot, memang peluang besar masa tu.. tapi nak buat macam mana otak slow. tak dapat hidayah lagi mak aku kate..hahaha

Sesungguhnya lepas puas fikir macam mana la nak bayar kutu..mase tu ade 2 bulan lagi kena habiskan, then masa tu dah usha2 kat page org popia nestum sekarang ni memang tengah meletup..mase tu mcm dh fikir2 dah kalau buat biz popia pon ok jugak..tapi masa tu takde tindakan lagi...fikir saje tindakannya 'zero', sampaila satu masa tu aku lepak2 dengan mak su aku.. mak su aku tanya "kak long tak nak meniaga ker?", aku dengan konfiden nye menjawab nak meniaga la ni nk jual popia..pastu terus pergi kedai cari kulit popia & so on.. aku rasa tindakan aku kali ni memang pantas fast furious sebabnye tak plan apa2 pon..just bile menjawab mcm tu terus pergi cari duit g beli.. nampak tak effort kat situ, seriously aku tak pernah bertindak macam tu..cepat dan pantas.. kalau tak jawapan aku mesti "nantilah.." "rilek la dulu..". tak tahulah apejadahnye masa tu..macam ada anjakan paradigma pulak rasanye..hahaha

elok plak lepas pada 2 minggu start jual kecil-kecil'n, kazen aku nor ajak pegi ceramah Dr Azizan Osman dekat Gambang 14/9/13 tak silap aku event masa tu free aje dengan..lepas dengar talk dia lagi la bertambah semangat aku..sebelum tu dah start jual dalam balang tapi yg kecik je beli kt kedai RM2 dapat 3 balang, masa tu Snackylicious dah lahir.. siap tempah sticker kat kak sha tu lagi la takleh blah punye effort kan, nampak macam main-main tapi ini adalah kebenaran..then balik je dari dengar talk Dr azizan tu terus ajak kazen aku pegi bandar kuantan cari balang besar..jumpa dekat comwboy 40balang RM38 beli terus la kan tak kire dah murah ke mahal mase tu. niat nak menjual jer cari rezeki.

After that bermulalah revolusi..ceh revolusi kate ko ! haha, dari perisa nestum dan manis sekarang dah ada versi pedas.. caranya senang saja google je resipi..haha,

sebelum kita nak buat apa-apa sentiasalah bersyukur ingat tuhan nescaya kejayaan pasti akan menyusul..jangan masa dah dapat baru nak bersyukur..dr azizan yang cakap, ternyata benar..so korang sentiasalah bersyukur dengan apa yang korang ada..tak kira la korang sedang gagal sekarang ni ataupun sedang berjaya sentiasalah bersyukur okay?

dah habis lain kali smbung pulak..hekhek :P

opps lupe plak nak update blog snackylicious
http://snackylicious13.blogspot.com/
facebook.com/snackylicious
instagram : snackylicious13

@@@

. Failed lagi .

Assalamualaikum w.b.t
 
Alhamdulillah failed lagi interview baru ni..aku pon bukan bekenan sangat dengan kerja tu, kalau dapat pun kompem tak lama kerja.haha..Syukur Allah tahu kemampuan aku setakat mana, so buat masa sekarang fokus kat bisnes popia ajer, boleh lah daripada takde ape.

@@@