.

free html visitor counters




Friday, July 4, 2014

. Assalamualaikum 2014 .

Mak aihhhh dah berbulan2 tak update bloggg..OMG!! 

Now dah ada kerja!
Now business dah semakin berkembang! 
Now Produk Snackylicious dah semakin berkembang!
Now macam-macam dah ada!

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Now Snackylicious dah ada kat 3 tempat as Boutique Vendor,

1st is MisslilyShop located at Wangsa Melawati since hujung bulan Feb'14
2nd is Randa located at Ampang start from Jun'14
3rd is Mp_Dexato located at Melaka start Jul'14
4th then sepanjang bulan puasa kite letak kerepek bawang kat maju junction,share holder tapak ramai-ramai.

**senang stated kat sini, takut lupa tarikh2 penting**

So adat berbisness ada pasang surut,nak say Thank You banyak2 kat MisslilyShop sebab bagi peluang jadi Vendor kat butik dorang, memang sangat2 membantu kat kami yang baru nak menapak ni, Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan dan thanks sgt kat mie & abah yang sentiasa support anak dia ni gn selalu bagi modal hehe :)

Thursday, October 10, 2013

. Asal usul Snackylicious .

Sekarang ni nak bercerita pasal asal usul Snackylicious aku,macam ni aku start buat hujung bulan aug'13, mase tu buat kecik2 je mcm yg aku citer kt entry sebelum ni *pandai2 la bace*, then bile aku naik KL aku akan amik order dekat kawan2, ex-officemate aku kat KL.. time tu dah start jual dalam balang..pantang naik KL cepat je update kt dorg..orang kata selagi ada peluang jangan lepaskan betul tak? haha

daripada beli kulit popia 4 paket sehari, sekarang dah simpan stok 20 paket sekali beli..alhamdulillah syukur rezeki Allah bagi, sememangnya projek popia ni aku tak sangka langsung,padahal masa tak berhenti kerja lagi dah fikir nak buat side income ape laa kan..mase tu otak lemau betul, sampai la berhenti kerja pon otak masih lemau takde tindakan langsung, memang rugi sangat masa tu sebab time tu raya aidilfitri kot, memang peluang besar masa tu.. tapi nak buat macam mana otak slow. tak dapat hidayah lagi mak aku kate..hahaha

Sesungguhnya lepas puas fikir macam mana la nak bayar kutu..mase tu ade 2 bulan lagi kena habiskan, then masa tu dah usha2 kat page org popia nestum sekarang ni memang tengah meletup..mase tu mcm dh fikir2 dah kalau buat biz popia pon ok jugak..tapi masa tu takde tindakan lagi...fikir saje tindakannya 'zero', sampaila satu masa tu aku lepak2 dengan mak su aku.. mak su aku tanya "kak long tak nak meniaga ker?", aku dengan konfiden nye menjawab nak meniaga la ni nk jual popia..pastu terus pergi kedai cari kulit popia & so on.. aku rasa tindakan aku kali ni memang pantas fast furious sebabnye tak plan apa2 pon..just bile menjawab mcm tu terus pergi cari duit g beli.. nampak tak effort kat situ, seriously aku tak pernah bertindak macam tu..cepat dan pantas.. kalau tak jawapan aku mesti "nantilah.." "rilek la dulu..". tak tahulah apejadahnye masa tu..macam ada anjakan paradigma pulak rasanye..hahaha

elok plak lepas pada 2 minggu start jual kecil-kecil'n, kazen aku nor ajak pegi ceramah Dr Azizan Osman dekat Gambang 14/9/13 tak silap aku event masa tu free aje dengan..lepas dengar talk dia lagi la bertambah semangat aku..sebelum tu dah start jual dalam balang tapi yg kecik je beli kt kedai RM2 dapat 3 balang, masa tu Snackylicious dah lahir.. siap tempah sticker kat kak sha tu lagi la takleh blah punye effort kan, nampak macam main-main tapi ini adalah kebenaran..then balik je dari dengar talk Dr azizan tu terus ajak kazen aku pegi bandar kuantan cari balang besar..jumpa dekat comwboy 40balang RM38 beli terus la kan tak kire dah murah ke mahal mase tu. niat nak menjual jer cari rezeki.

After that bermulalah revolusi..ceh revolusi kate ko ! haha, dari perisa nestum dan manis sekarang dah ada versi pedas.. caranya senang saja google je resipi..haha,

sebelum kita nak buat apa-apa sentiasalah bersyukur ingat tuhan nescaya kejayaan pasti akan menyusul..jangan masa dah dapat baru nak bersyukur..dr azizan yang cakap, ternyata benar..so korang sentiasalah bersyukur dengan apa yang korang ada..tak kira la korang sedang gagal sekarang ni ataupun sedang berjaya sentiasalah bersyukur okay?

dah habis lain kali smbung pulak..hekhek :P

opps lupe plak nak update blog snackylicious
http://snackylicious13.blogspot.com/
facebook.com/snackylicious
instagram : snackylicious13

@@@

. Failed lagi .

Assalamualaikum w.b.t
 
Alhamdulillah failed lagi interview baru ni..aku pon bukan bekenan sangat dengan kerja tu, kalau dapat pun kompem tak lama kerja.haha..Syukur Allah tahu kemampuan aku setakat mana, so buat masa sekarang fokus kat bisnes popia ajer, boleh lah daripada takde ape.

@@@

Tuesday, October 1, 2013

. Kelas Intensif Jutawan Industri Dr Azizan .

Pada 27-29/9/2013 aku berpeluang pergi kelas intensif jutawan industri Dr Azizan di pwtc.. Banyak perkara yang diajar oleh beliau..Antaranya adalah bersyukur dengan apa yg ada sekarang..baru lah kejayaan akan muncul..kebanyakan yg diajar adalah mengenai konsep kemanusian.. Berbaktilah kepada sesama manusia..nescaya kejayaan akan muncul.. Nak menjadi usahawan bukan sekadar untuk kaya malah harus menolong orang2 disekeliling kita agar sama2 berjaya..jika difikir2 balik semua yg dia cakap tu betul..sebagai seorang manusia amatlah rugi jika pengetahuan kita di dalam sesuatu perkara tidak disebarkan.. Itu adlah salah satu yg di ajar..ada banyak lagu sebenarnyaa..tak sempat nak taip kat sini.. :)

@@@

Monday, September 23, 2013

. Interview .

Dah 3 bulan menganggur, tadi dapat call interview.. tp hati ni risau kalau tak bole handle kerja tu, customer care kottt, aku ni lemah kalau customer2 ni.. tak pandai nak becakap2 sgtt...aduyaaiiii runsingnyerrr...tp skrg lah masanya utk atasi fear factor kann..bila lagiii, tp serius sgt runsing ketika ini....agagagagagagaga

speaking pon bukan pandai sgt, aduuuuu..Ya Allah tolong lah berikan aku semangat supaya lebih berkeyakinan nanti, hanya kau yg boleh beri keajaiban semangat kepadaku.

Kerja di bidang yg sama spt sebelum ini..tapi skop kerja berbeza..tempat kerja pon sebelah tempat kerja lama..wuwuwuwu..apekah ini satu kebetulan atau satu malaysia

tak berharap sgt pon utk kerja tu, tapi segalanya mungkin. tepuk dada tanya selera.. bile lagi nak cabar diri sendiri yg sentiasa rendah diri ni kann///
 

@@@

. 2 bulan setengah yang hilang .

Asslamualaikum w.b.t

2 bulan lebihh yang hilang sebab tak post apa2 ; ok la tu blh kire sbg tempoh menganggur..hehe, entry yg lepas pasal mouse, tak tunggu lama pon dah tukar mouse baru..rosakk lg..almaklumlah tangan aku ni alah dgn mouse :))

Bulan 9 dah kan, cepat betol masa..ujung bulan lepas aku start jual popia nestum/popia manis brand aku dikenali sbg Snackylicious, mula jual saje suka2.. suh adik gn cousins2 aku jual kat sekola jer..then lepas tu aku dah start jual dalam balang.. masuk ni dah 31 balang terjual..alamdulillah rezeki, walaupun nampak mcm sikit je tapi rezeki wajib kita syukuri. 

@@@  

Sunday, June 9, 2013

. Mouse buat hal lagi .

Assalamualaikum w.b.t
Today is sunday which is esok isnin dan hari paling lemau bagi kebanyakan orang..hikks

Tadi pergi kl festival city mall..tak plan pon nak pergi tapi sebab elok2 aku on9 kat laptop smbil klik2 button pakai mouse then tibe2 bile nak scroll die dah nak start gilaa..

oh maannnn i have to buy a new one laa..macam biasa laa mouse aku buat hal..aku mana pernah bertahan lama dengan mouse kan..orang lain pakai bertahun2 ok jer..

aku beli murah ke mahal same je akn cepat rosak..sebab tu kalau aku beli mouse memang akan cari yang murah2 je..sebab dah tahu hayat dia bukan lama pon..membazirje beli mahai2..pftttt ;

#dah boleh buat muzium khas untuk mouse yg aku dah guna..hmm menarik jugak eh? Hekhek#
kiri lama kanan bumblebee is the new one
@@@

Tuesday, May 28, 2013

. Pos punye pasal .

Assalamualaikum w.b.t.

Now tengah kerja but sempat lagi update blog, faham tak kenape boleh ade mase lagi nak update bagai ni? haaaa, sebab sekarang ni boleh rilex2 pasal kerja dah habis.. kena tunggu isyarat dari leader baru boleh sambung kerjaa *cepat kot kami siapkan* haha, sangat dedikasi okay :)


then jap lagi nak cod barang, aku beli powerbank yoobao kat fb, org tu dah pos khamis lepas tapi sampai harini aku tak dapat2 lagi barang, then aku bgtw kt org tu brg xdapat lagi then dia call post office korang nak tahu ape post office cakap? rupenya barang aku sampai kat kedah sana. boleh? jauh noo die fly, aku bg alamat kat pahang kot.



pak cik ni hantar barang aku sampai kat kedah kot nek EX5 je cayelah..hahaha :))

then org tu dah tanye aku nk refund duit ataupun nak jugak barang? aku pun of course lah nak kan. then arini cod ambil sendiri kan senang tak perlu nak tunggu hari2 depan pintu. haha :) so lunch kang kene turun ambil sendiri ;  ni la 1 st time kejadian yg macam ni. boleh pulak tu lepas ke kedah ; hairan bin ajaib :)

@@@

Friday, May 24, 2013

. CboX .

Untuk pengetahuan ramai *rmi la sgt* c-box aku dah gile..jadi aku dah replace dengan yang baru..nth ape2 je cbox lama..spamm kot,buat serabut..dah lama nak replace baru la ni berkesempatan, nampak tak pemalasnye di situ? hahaha

k nite olls :))

@@@ 

. Kerjaya .

Assalamualaikum w.b.t.

Makin lama makin kurang entry kat sini ye tak? lantak pi laaa.. :))

So sekarang ni nak bercerita pasal kerjaya, di mana kerjaya yang sudah 2 minggu aku tamatkan setelah berkhidmat selama 2 tahun 2 bulan dekat company yang diberi nama A***S ,haaaaa...tiiitttt gitu..hehe

And now aku tengah dok cari kerjaa lagi, tapi sekarang ni aku just kerja sementara kat bangsar konon sambil tunggu interview dr company2 lain.

dah lepas satu beban, kita hadapi beban lain pulak.. iaitu beban mencari pekerjaan,ape-ape pun i believe that rezeki ada kat mana-mana..kita just tingkatkan usaha untuk dapatkan kerja yang terbaik dan diberkati ALLAH.




tak perlu la kot stress bagai kalau tak dapat kerja lagi.. rilex2 aje laaa..tak payah nak kusutkan kepale otak tu.. Allah ada bersama kita, setiap yang jadi ada hikmahnya.mungkin Allah nak bagi kita yg lagi baik dari sebelum ni kann.

sebagai hamba dia, tingkatkan usaha kita berdoa kepadanya banyak2 semoga apa yg kita hajati akan di tunaikan, tapi kalau kita usaha tak dapat-dapat jugak.. Jangan ler berputus asa okay, kalau boleh katakan tidak pada putus asa..life must be go on, banyak lagi kerja yg kat luar tu cuma kita je yang kena pandai rebut peluang.

Akhir sekali ucapan kepada diri sendiri ; semoga tabah mencari kerja, !

Bye-Bye . :)

@@@